suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Saya Tidak Tuduh Enam Taikun Balak Terlibat Rasuah - Adenan

Adenan Satem

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem menjelaskan bahawa beliau tidak menuduh enam taikun balak di negeri berkenaan terbabit dengan amalan rasuah.

"Saya tidak pernah kata mereka terlibat dalam rasuah.

"Apa yang saya katakan kepada mereka adalah pantau aktiviti kontraktor, sub-kontraktor, pengurus kem atau pekerja mereka untuk melihat sama ada mereka terbabit dalam penyeludupan kayu atau penebangan haram," katanya pada sidang media di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Selasa.

Adenan berkata, beberapa laporan di media sosial telah melaporkan maklumat yang salah berhubung kenyataannya pada majlis menandatangani ikrar integriti korporat pada Isnin.

Enam syarikat pembalakan berkenaan ialah KTS, Rimbunan Hijau, Samling, Shin Yang, Ta Ann dan WTK.

Mengulas mengenai amaran supaya tidak 'cari pasal' dengannya, Adenan berkata, ia ditujukan kepada mereka yang terlibat dalam pembalakan haram dan penyeludupan kayu serta beberapa pegawai penguatkuasa yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti tersebut.

"Saya berkata jangan cari pasal dengan saya kerana kita serius tentang perkara ini," katanya.

Adenan Satem, Pembalakan Haram

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain