suria

MetMalaysia Nafi Ramal Ribut Kuat Landa Kuala Lumpur, Labuan

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Isnin menafikan khabar angin mengenai amaran ribut kuat diramal melanda Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan.

Khabar angin itu mendakwa kononnya ribut petir selaju 80 hingga 100 kilometer sejam (km/j) akan melanda Kuala Lumpur dan Putrajaya dari 27 hingga 30 Okt, dijangka menyebabkan fenomena puting beliung di kawasan berkenaan.

Ramalan itu kononnya dibuat oleh MetMalaysia dan tersebar melalui aplikasi Whatsapp.

MetMalaysia dalam satu kenyataan di sini berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Cyber Security bagi membanteras penyebaran khabar angin seperti itu menerusi media sosial.

"Maklumat sahih berkenaan sebarang amaran ribut hanya boleh diperolehi melalui laman sesawang atau menghubungi terus talian hotline MetMalaysia," kata jabatan itu.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat amaran/nasihat boleh melayari laman sesawang MetMalaysia di www.met.gov.my, Facebook (www.facebook.com/malaysiamet), Twitter (www.twitter.com/malaysiamet) atau menghubungi talian 1-300-22-1638 yang beroperasi 24 jam.

MetMalaysia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain