suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Permohonan Ke Sekolah Berasrama Penuh Dibuka Pada Disember

KUALA LUMPUR: Permohonan kemasukan pelajar tingkatan empat ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi tahun 2015 akan dibuka secara dalam talian bermula dari 1 hingga 30 Dis ini.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan hari ini berkata calon-calon yang memohon untuk masuk ke SBP boleh mula mengisi borang saringan pencapaian Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), dan Psikometri pada 1 Dis 2014.

Bagaimanapun katanya keputusan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang sebenar boleh diisi bermula 22 Dis iaitu tarikh menerima keputusan PT3 2014 di sekolah masing-masing serta boleh menyemak status keputusan pemilihan dan penempatan selewat-lewatnya mulai 30 Jan 2015.

Menurut kenyataan itu antara kriteria kemasukan ke tingkatan empat SBP menerusi PT3 ialah memperoleh gred A bagi sekurang-kurangnya enam mata pelajaran termasuk Sains dan Matematik (tidak termasuk mata pelajaran bahasa tambahan), serta memperoleh sekurang-kurangnya gred B bagi mata pelajaran lain.

Selain itu katanya bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris masing-masing ditaksir secara ujian bertulis dan ujian lisan.

Bagi kemasukan ke SBP 2015 aspek pemilihan meliputi status sosio-e3konomi keluarga dan lokasi sekolah asal murid, selain calon mestilah warganegara Malaysia dan bersekolah di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan.

Sehubungan itu calon-calon yang berjaya turut dimaklumkan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendaftar di SBP yang ditetapkan bermula 23 Feb 2015 dan bagi calon yang tidak berjaya boleh mengemukakan permohonan secara e-rayuan di laman web KPM www.moe.gov.my.


SBP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Koperal Polis Cedera Ditikam

Artikel Lain