suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MetMalaysia Nafi Sebar Amaran Puting Beliung

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menafikan ia mengeluarkan amaran puting beliung dijangka berlaku di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya pada Isnin.


Timbalan Ketua Pengarah (Cuaca dan Iklim) jabatan itu, Alui Bahari berkata, pihaknya tidak pernah mengeluarkan maklumat itu, yang kini tersebar dalam Whatsapp.

"Ia maklumat palsu...hentikan penyebaran maklumat itu," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini.

Maklumat itu mendakwa kononnya ribut petir selaju 80 hingga 100 kilometer sejam (km/j) akan melanda Kuala Lumpur dan Putrajaya dari 27 hingga 30 Oktober, yang dijangka boleh menyebabkan fenomena puting beliung di kawasan berkenaan.

Artikel Lain