suria

Ribut Petir Di N Sembilan, Melaka, Johor Sehingga Petang Khamis

KUALA LUMPUR: Aktiviti ribut petir yang berlaku di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor Barat dijangka berterusan sehingga awal petang Khamis.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan memaklumkan keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter.

"Ia berbahaya kepada bot-bot kecil," menurut kenyataan itu.

Selain itu, kenyataan itu menyebut aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Selat Melaka Selatan dan Reef South juga dijangka berterusan sehingga awal petang ini.

Ribut petir berkenaan boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.


Melaka, Johor, Ribut Petir

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain