suria

Tiada Kompromi Jika Tak Disiplin - Tegas SPDP

Tiong King Sing.
JULAU: Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) tidak akan bertolak ansur dengan anggota dan pemimpin yang tidak berdisiplin.

Pemangku presiden parti Datuk Seri Tiong King Sing berkata beliau tidak akan teragak-agak untuk memecat anggota dan pemimpin yang tidak mematuhi disiplin demi kebaikan parti dan Barisan Nasional (BN) secara keseluruhan.

Beliau berkata demikian pada majlis bertemu rakyat di rumah panjang 21 pintu Rh.Unjah anak Mani di Nanga Luau di sini hari ini.


Turut hadir ialah anggota Parlimen Julau dan Pengerusi Majlis Penasihat 1Malaysia Sarawak Datuk Joseph Salang dan Ketua Wanita SPDP Datuk Chiew Yien Chew.

Tiong berkata SPDP akan mengambil pendirian yang tegas terhadap semua mereka yang bertanding menentang calon BN atau membantu berkempen untuk pembangkang pada pilihan raya Parlimen atau pilihan raya negeri lepas.

"Atas sebab ini, SPDP telah menutuip pintu kepada anggota Dewan Undangan Negeri Meluan, Wong anak Judat yang juga bekas anggota parti,"

Wong bertindak keluar parti sebelum pilihan raya parlimen untuk bertanding di kerusi Julau mewakili calon parti pembangkang menentang calon B NDatuk Joseph Salang.

Mengenai pilihan raya negeri akan datang, Tiong berkata parti sedang dalam proses mengenal pasti calon yang berpotensi bagi semua lapan kerusinya.

SPDP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain