suria

Aidilfitri: Umno Permatang Pauh Bantu Kanak-Kanak Rohinya

Seorang kanak-kanak Rohinya melihat duit raya yang diterima daripada Mohd Zaidi di REC sempena Aidilfitri.
BUKIT MERTAJAM: Umno Permatang Pauh memberi sumbangan wang tunai kepada 316 kanak-kanak Rohingya sempena sambutan Aidilfitri.
Mereka merupakan pelajar di Rohingya Education Centre (REC) di sini.

Ketua Umno bahagian Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said berkata, sumbangan itu bagi membantu kanak-kanak itu dan keluarga mereka menyambut Aidilfitri.

REC merupakan sekolah antarabangsa tajaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kelolaan badan bukan kerajaan Jaringan Islam Global Masa Depan.




Guru Besarnya Mohd Arif Abdul Latif mengucapkan terima kasih di atas sumbangan itu.

"Alhamdulillah, ada pihak yang sudi tampil membantu kanak-kanak di sini. Ini pertama kali mereka menerima sumbangan wang tunai untuk hari raya," katanya.

Seorang murid Nur Aisyah Mohd Tahir, 14, berkata, sumbangan itu dapat membantu keluarganya membuat persiapan hari raya.

"Saya belum beli baju raya tetapi duit ini saya akan berikan kepada emak dan ayah saya supaya mereka dapat beli barangan untuk sambut hari raya," katanya.



Sekolah ini yang menempatkan kanak-kanak antara enam hingga 16 tahun beroperasi sejak lima tahun lalu dan mempunyai 15 orang guru.

Murid-muridnya tinggal di sekitar Bagan Ajam, Seberang Jaya, Permatang Pauh dan Butterworth.

Umno Permatang Pauh, REC, Rohinya

Artikel Lain