suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerajaan Masih Kaji Pelaksanaan Daftar Pemilih Secara Automatik

Datuk Seri Shahidan Kassim
KUALA LUMPUR: Kerajaan masih mengkaji cadangan pendaftaran pengundi secara automatik bagi warganegara yang mencapai umur 21 tahun, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Katanya antara yang perkara yang perlu dipertimbang ialah Perkara 119 (1) (c) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan keperluan adanya daftar pemilih.

"Sekiranya cadangan (pendaftaran secara automatik) tersebut hendak dilaksanakan, ia memerlukan kajian yang lanjut dan mendalam sebelum sebarang pindaan dibuat pada peruntukan yang sedia ada," katanya di Dewan Negara di sini Isnin.

Shahidan yang menjawab soalan Senator Datuk Seri Syed Ibrahim Kader juga berkata selagi kajian itu tidak dijalankan, kerajaan tidak bercadang melaksanakan pendaftaran automatik. 

Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan antara lain menyebut seseorang rakyat Malaysia mesti memohon untuk mendaftar sebagai pemilih serta terpulang kepada warganegara itu untuk memohon selepas dia berumur 21 tahun.
daftar pemilih automatik

Artikel Lain