suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Peronda LPT2 Maut, Rakan Parah Dirempuh Treler

Gambar hiasan.

HULU TERENGGANU: Seorang peronda Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) maut manakala rakannya cedera parah selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka dirempuh sebuah lori treler di Kilometer 451 di sini, Jumaat.

Dalam kejadian pada kira-kira 4 petang itu, Razali Ishak, 44, maut di tempat kejadian manakala rakannya Saifuruddin Mohamad, 25, cedera parah dalam kemalangan yang berlaku di laluan Kemaman ke Ajil LPT2, di sini.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu DSP Hussin Deraman berkata treler yang membawa muatan minyak masak itu dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh kenderaan mangsa yang berhenti di lorong kecemasan.

Mangsa bersama seorang rakan sekerjanya memberhentikan kenderaan pacuan empat roda milik peronda LPT2 itu untuk memberikan bantuan kepada sebuah kenderaan lain yang mengalami kerosakan, katanya.

Beliau berkata mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu, maut selepas kecederaan parah di kepala dan muka.

"Akibat rempuhan kuat itu juga, kenderaan pacuan empat roda yang dipandu mangsa tercampak ke tepi lebuh raya manakala treler terbabit turut terbalik," katanya.

Pemandu treler berkenaan turut mengalami kecederaan, katanya.

Mayat dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk dibedah siasat.


LPT2, Polis

Artikel Berikut

Artikel Lain