Pelajar, Buruh Indonesia Maut Kemalangan - Semasa | mStar

Pelajar, Buruh Indonesia Maut Kemalangan

KEMAMAN: Dua penunggang motosikal maut selepas motosikal mereka bertembung dalam kejadian di KM302 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Seri Bandi di sini lewat petang Jumaat.

Dalam kejadian 6.05 petang itu, Muhamad Syafiq Shafie, 15, yang mengalami kecederaan parah di kepala serta paha dan buruh warga Indonesia Muhsan, 47, berasal dari Lombok yang mengalami kecederaan parah pada anggota badan, maut di tempat kejadian.

Kemalangan itu berlaku apabila motosikal yang ditunggang Muhamad Syafiq yang berasal dari Kampung Bukit Takal Kemaman, dipercayai melawan arus sebelum bertembung dengan motosikal jenis Honda EX5 yang ditunggangi warga asing terbabit.

Akibat pertembungan itu Muhamad Syafiq yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC melanggar besi pembahagi jalan.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Che Suza Che Hitam ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Katanya mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Kemaman untuk dibedah siasat.


LPT

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Marcelo akui Real Madrid rindu Ronaldo

"Mereka tidak layak cakap pasal hoki"