suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

80,000 Rumah Dibina Elak Peminggiran Melayu Bandar

KUALA LUMPUR: Sejumlah 80,000 unit rumah akan dibina di Wilayah Persekutuan dalam tempoh lima tahun bagi membantu mengatasi masalah peminggiran Melayu di bandar, persidangan Dewan Negara diberitahu pada Khamis.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Senator Datuk Dr Loga Bala Mohan Jaganathan berkata ia melalui Program Pembinaan Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) dan Program Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M) untuk mengelak fenomena peminggiran Melayu Bandar.

"Daripada jumlah tersebut, sebanyak 50,000 unit akan dibina di Kuala Lumpur, 20,000 unit di Putrajaya dan 10,000 unit di Labuan dalam tempoh lima tahun," katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Yahaya Mat Ghani di persidangan Dewan Negara di sini.

Yahaya ingin mengetahui adakah kerajaan menetapkan dasar untuk mengelakkan fenomena peminggiran Melayu Bandar, terutama apabila dilihat kebanyakan pembinaan petempatan di bandar-bandar besar melibatkan pembinaan kondominium mewah dan rumah kos berskala tinggi.


Rumawip

Artikel Lain