suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penyiar Terkenal Arab Saudi Puji Cara Malaysia Layan Wanita

KUALA LUMPUR: Penyair terkenal Arab Saudi, Ni'mah Ismail Nawwab memuji cara Malaysia melayan wanita dan golongan belia dengan memberi peluang kepada mereka untuk memainkan peranan penting dalam pembangunan negara.

Ni'mah berkata, beliau kagum dengan hak serta peluang yang diberi kepada mereka.

"Malaysia boleh menjadi model untuk Arab saudi dari segi memastikan wanita dan belia memberi sumbangan bermakna kepada masyarakat," katanya selepas menghadiri syarahan umum di Institut Pengajian Islam Lanjutan Antarabangsa (IAIS) di sini, Selasa.

Syarahan anjuran IAIS dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) itu bertajuk 'Wanita dan Belia di Arab Saudi: Hakikat Semasa'.

Ni'mah berkata: "Perkara paling menarik tentang Malaysia yang saya dapati ialah kepelbagaian agama yang ada di sini.

"Malaysia patut berbangga dengan kedudukannya sebagai negara Islam, wanita dan belianya boleh melibatkan diri untuk merancang dan menyertai usaha membangunkan negara. Ini sesuatu yang amat mengagumkan.

"Saya tahu wanita dan belia di Malaysia telah mencapai kemajuan besar dan mereka terus mencari lebih banyak peluang, saya rasa ini sesuatu yang amat baik bagi Malaysia," katanya.


Arab Saudi, penyiar, wanita, ISIS

Artikel Lain