Dewan Negara Catat Sejarah, Bersidang Hingga Selepas 12 Tengah Malam

Razali Ibrahim.
KUALA LUMPUR: Dewan Negara bersidang sehingga awal pagi Rabu bagi membolehkan semua aturan urusan mesyuarat dan usul diselesaikan.

Ini merupakan kali kedua dalam tempoh dua tahun persidangan Parlimen mencatat sejarah apabila Dewan Negara 'menggantung' masa setelah tindakan sama dilakukan di Dewan Rakyat pada 20 April 2012.

Persidangan Dewan Negara berakhir pada 12.45 pagi ini selepas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim membuat penggulungan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong.

Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang, yang mempengerusikan mesyuarat, tidak menghentikan jam di dalam dewan ketika persidangan melepasi detik 12 tengah malam.

Ketika itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom sedang menggulung usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong.

Terdahulu, semasa membenarkan persidangan disambung sehingga selesai sesi pergulungan, Abu Zahar berkata kehadiran sendiri menteri untuk menjawab serta dedikasi anggota dewan untuk terus menunggu perlu dihargai.

"Kehadiran menteri menunjukkan petanda baik, malah kesediaan anggota dewan menanti juga perlu dihargai. Jadi, saya mohon satu peraturan mesyuarat dikemukakan bagi membolehkan sidang dilanjutkan sehingga setiap kementerian selesai menggulung perbahasan," katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim kemudian bangun membacakan peraturan mesyuarat bagi membatalkan peraturan terdahulu dan disokong Razali.

Mengikut senarai aturan mesyuarat, Dewan Negara perlu meluluskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong sebelum sidang ditangguhkan kerana dewan akan membahaskan empat rang undang-undang pada Rabu.

Rang undang-undang itu terdiri daripada Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2014, Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014, Rang Undang-undang Saraan Hakim (Pindaan) 2013 dan Rang Undang-undang Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya (Pindaan) 2013.

Mesyuarat pertama penggal kedua Dewan Negara berlangsung selama sembilan hari mulai 21 April lepas hingga 6 Mei ini.

Persidangan dewan bersambung pada Rabu.

Dewan Negara, Razali Ibrahim

Artikel Sebelum

Obama, Najib Serasi - Khairy

Artikel Berikut

Klik

Duduk rumah, pesan online, kami hantar order! Jom semak senarai servis makanan di kawasan sekitar anda

SEPANJANG tempoh PKP, orang ramai digalakkan membuat pembelian secara dalam talian.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Artikel Lain