Enam Mat Rempit Bebas Tuduhan Bunuh

Gambar hiasan.

SHAH ALAM: "Kembalilah ke pangkal jalan," kata Hakim Mahkamah Tinggi di sini Datuk Abdul Alim Abdullah sebelum melepas dan membebaskan enam 'mat rempit' daripada tuduhan membunuh seorang lelaki, tiga tahun lepas.

Beliau membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan pihak pembelaan yang berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Mohd Ezwan Amanshah, 26, Mazly Sulaiman, 24, Abdul Rahman Abdul Latif, 24, dan tiga remaja lelaki masing-masing berumur 20 dan 21 tahun didakwa bersama-sama membunuh R. Sasikumar, 21, di kawasan Kompleks Sukan Pandamaran, Klang dekat sini pada kira-kira 3 pagi, 18 September 2011.

Ketika kejadian, tiga remaja itu berumur 17 dan 18 tahun. Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 149 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Abdul Alim turut menegur perbuatan mereka yang merempit hingga menyusahkan ibu bapa masing-masing.

"Kamu merempit hingga menyusahkan ibu bapa kamu. Kenapa kamu boleh terjebak dalam kes ini, fikirkanlah, mungkin ini satu balasan. Kalau menitis air mata ibu bapa, nikmat kamu ditarik.

"Selepas ini, kamu kajilah hubungan kamu dengan Tuhan serta manusia dan kembalilah ke pangkal jalan," katanya. 

Dalam penghakimannya, Abdul Alim berkata mahkamah mempercayai pembelaan Mohd Ezwan, Mazly dan Abdul Rahman yang mengemukakan notis dan saksi alibi bahawa mereka tidak berada di tempat kejadian.

"Bagi tertuduh kelima dan keenam, mahkamah mendapati pembelaan mereka adalah penafian semata-mata tetapi elemen di bawah Seksyen 149 Kanun Keseksaan tidak dapat dibuktikan. 

"Bagi tertuduh keempat pula, mahkamah juga tidak mempercayai pembelaannya tetapi pembelaan tertuduh ini tidak dicabar oleh pihak pendakwaan," katanya.

Sejurus keputusan dibacakan, kesemua tertuduh yang berdiri di kandang tertuduh berpelukan sesama sendiri sambil menangis kegembiraan sementara anggota keluarga mereka yang berada di galeri awam turut berpelukan sambil menangis kesyukuran.

Sepanjang perbicaraan, lapan saksi pendakwaan dan 11 saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norhani Muhamad Adzhar sementara kesemua tertuduh diwakili peguam Gerard Lazarus, Tan Choong Hong, Cheng Poh Heng, K.N.Logendran dan R.Vijayan. 

bunuh, mat rempit

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Pemuda Umno Tubuh Majlis Ulama

Klik

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain