suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hudud: MMA Hanya Mengambil Perhatian Isu Perundangan Dan Perubatan, Bukan Agama

N.K.S Tharmaseelan

PETALING JAYA: Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) berkata, ia hanya mengambil perhatian terhadap isu perubatan dan perundangan, dan tidak akan mengulas mengenai hal agama.

"Apa yang kami cuba lakukan adalah untuk membolehkan pengamal perubatan tahu bahawa Akta Perubatan ini, yang dikuatkuasakan oleh Majlis Perubatan Malaysia (MMC), tidak menawarkan sebarang perlindungan bagi doktor untuk melakukan potong tangan itu," kata Presidennya, Datuk Dr NKS Tharmaseelan pada Selasa.

Beliau mengulas dakwaan bahawa MMA membuat kenyataan menghina Islam atau undang-undang Hudud.

Jelasnya, persatuan itu sekadar memaklumkan pengamal perubatan mengenai status undang-undang.

Dr Tharmaseelan pada Jumaat lepas berkata bahawa MMA menentang idea supaya pakar bedah melaksanakan prosedur seperti pemotongan itu di bawah Undang-undang Hudud kerana ia adalah bertentangan dengan etika perubatan.

"Beribu-ribu doktor menghubungi persatuan untuk mendapatkan nasihat, dan ia adalah tanggungjawab kita untuk memberitahu mereka bahawa tindakan disiplin akan dikenakan terhadap mereka yang tidak mematuhi peraturan-peraturan yang dikanunkan oleh MMC," kata beliau ketika dihubungi.

Artikel Sebelum

Artikel Lain