BN Dan PAS Disaran Tubuh Jawatankuasa Hudud

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) beramah mesra dengan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (kanan) ketika menziarahinya di kediaman bekas Menteri Besar Kelantan itu di Pulau Melaka baru-baru ini.

KUALA LUMPUR: Pemimpin Barisan Nasional (BN) yang beragama Islam dan PAS disaran menubuhkan sebuah jawatankuasa khas mengenai hukum hudud yang berperanan memperinci dan memberi kefahaman kepada rakyat berhubung hukum itu.

Anggota Dewan Negara Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata penjelasan mendalam mengenai hudud, kaedah dan kesan pelaksanaannya perlu dibuat segera secara meluas termasuk kepada masyarakat bukan Islam sebelum rang undang-undang persendirian mengenainya dibentangkan PAS di Dewan Rakyat.

"Orang Islam sendiri pun ramai yang kurang faham apa itu hudud. Ini perlu dijelaskan. Eloklah pemimpin-pemimpin Islam (BN dan Pas) duduk semeja, tubuhkan satu jawatankuasa khas, buat forum, dialog untuk terangkan kepada rakyat.

"Kalau terus nak terangkannya di Parlimen, ini makan masa, dan kita (anggota Yang Berhormat) pun ada banyak perkara lain nak dibawa dan dibincang di Dewan Rakyat," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini, Selasa.

Bagi membolehkan jawatankuasa itu memperinci dan membuat penerangan menyeluruh tanpa terikat kepada ideologi politik, Mohd Ali mencadangkan supaya ia turut disertai pelbagai pemikir Islam, ahli akademik, Majlis Fatwa Kebangsaan dan pengamal undang-undang syariah.

Isu pelaksanaan hukum hudud di Kelantan kembali menjadi perbincangan hangat akhir-akhir ini apabila Kerajaan PAS negeri itu, melalui anggota Parlimen parti itu, bercadang membawa di Dewan Rakyat Jun ini usul mengenainya.

Namun, hasrat PAS untuk mengemukakan rang undang-undang persendirian itu di Parlimen ditentang keras sekutunya, DAP, atas alasan pelaksanaan hudud tidak pernah menjadi kesepakatan dalam pakatan PAS-DAP-PKR. 


PAS, BN, Hudud

Artikel Berikut

Klik

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain