suria

Kes Tuhan Harun Ditangguh 8 Mei

Harun Mat Saat, 48,(duduk) dan lima pengikutnya dibicarakan selepas dituduh membunuh Ketua Penolong Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Ahmad Raffli Abd Malek.

KUANTAN: Mahkamah Tinggi pada Rabu menangguhkan perbicaraan kes ketua ajaran sesat 'Tuhan Harun', Harun Mat Saat, 48, dan lima pengikutnya berkaitan tuduhan membunuh Ketua Penolong Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Ahmad Raffli Abd Malek, pada 8 Mei depan.

Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman memutuskan tarikh itu bagi membolehkan pihak pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya Khamizah Salleh memuktamadkan perkara-perkara berkaitan kes tersebut.

Harun bersama isteri ketiganya, Azida Mohd Zol, 31; pemandu Harun, Shaizral Eddie Nizam Shaari, 38; dan Jefferi Safar, 37, dituduh melakukan konspirasi jenayah dengan bersetuju antara mereka dengan niat membunuh Ahmad Raffli pada 10 Nov tahun lepas.

Sumustapha Suradi, 39; Shamsinar Abdul Halim, 37, dan seorang lagi yang masih bebas pula dituduh membunuh Ahmad Raffli di Lorong IM2/29, Bandar Indera Mahkota, di sini, pada tarikh sama.

Kesemua tertuduh berdepan hukuman mati jika disabitkan kesalahan.


Kuantan, Jaip

Artikel Sebelum

Artikel Lain