suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penulis Blog Politik 'Zorro Unmasked' Meninggal Dunia

Bernard Khoo. Foto zorro-zorro-unmasked.blogspot.com

PETALING JAYA: Seorang penulis blog politik yang terkenal, Bernard Khoo atau lebih dikenali sebagai 'Zorro Unmasked' meninggal dunia pada Jumaat kerana sakit.

Beliau meninggal dunia pada usia 73 tahun.

Anak perempuan beliau, Patrina, menulis di akaun Facebook miliknya bahawa ayahnya "meninggalkan keluarganya pada pagi Jumaat".

"Ayah saya Bernard Khoo sedang terbang ke syurga. Beliau meninggalkan kami pagi ini, paling aman dengan ibu saya mendoakan di telinganya dan kini kesakitan yang dialaminya berakhir," katanya.

Khoo, yang merupakan bekas guru hidup bersama isterinya, Karen Khoo, dua anak perempuan dan seorang anak lelaki.

Menurut Patrina, upacara penjagaan mayat itu akan diadakan di Gereja St Ignatius, Petaling Jaya pada Sabtu dan Ahad, diikuti dengan pengebumian pada pagi Isnin.

Bernard Khoo, Zorro Unmasked, Patrina

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

Rawi MS meninggal dunia