Jessie Ooi Tewas Kepada Chong Rebut Jawatan Ketua Pemuda MCA Selangor - Semasa | mStar

Jessie Ooi Tewas Kepada Chong Rebut Jawatan Ketua Pemuda MCA Selangor

Jessie Ooi tewas kepada Chong.
Jessie Ooi tewas kepada Chong.

PETALING JAYA: Ahli perniagaan, Jessie Ooi gagal dalam saingan untuk merebut jawatan Ketua Pemuda MCA Bahagian Selangor.

Ooi, 34, sekadar memperoleh 228 undi manakala pencabarnya, Chong Sin Woon mendapat 396 undi pada pemilihan sayap parti itu di sini, Sabtu.

Beliau merupakan wanita pertama bertanding jawatan Ketua Pemuda MCA selepas sayap parti tersebut membuka keahliannya kepada golongan wanita dibawah usia 40 tahun bermula penggal ini.

Ibu kepada tiga orang anak ini meninggalkan dewan pemilihan sebelum keputusan diumumkan.

Chong yang juga pengerusi biro pendidikan Pemuda MCA sudah diramal akan memenangi saingan ini.

Artikel Sebelum

Hadi Awang Kekalkan Jawatan Presiden PAS

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Kematian kanggaru 'sado' ditangisi