suria

Bekalan Air Kembali Pulih Di Beberapa Kawasan

KLANG: Dibeberapa kawasan, paip air yang kering sejak dua hari lalu kini kembali mengalirkan air secara perlahan-lahan sekaligus menunjukkan bekalan air kembali pulih di beberapa kawasan pada Ahad.

Namun pengguna terus meluahkan rasa kecewa dan tidak puas hati mereka di laman media sosial.

Calmer menggesa rakyat Malaysia menggunakan air sebaik mungkin.

Bekalan air kembali pulih dibeberapa kawasan di Petaling Jaya - Bandar Utama dan Kelana Jaya serta Subang Jaya.

Di laman twitter, @Puspel Syabas telah mengemaskini secara tetap bahawa gangguan bekalan air tidak berjadual di beberapa kawasan akan pulih.

Setakat pukul 9.40 pagi, Syabas melaporkan: "Gangguan bekalan air tidak berjadual di Gombak: Kawasan terjejas: Taman Riverdale: Waktu pemulihan: 3 petang.

@Jaya One mentweet: Tidak ada bekalan air di tempat kami. Syabas kata 60 peratus pengguna di Lembah Klang terjejas. Kami masih cuba mendapatkan laporan terkini. Hei jiran, simpan air."

Seorang lagi pengguna akaun Twitter, @Collin Charles: "Hanya kerana tumpahan minyak diesel, semua orang tidak ada air. Orang di luar saya perlu memikirkan semula mengenai Lynas. Kuantan satu tempat yang cantik. Saya tidak mahu Bukit Merah".

Sementaa itu, Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat Syabas Abdul Halem Mat Som berkata Syabas akan mengadakan mesyuarat dengan pihak yang terlibat pada pukul 2 petang mengenai laporan terkini mengenai masalah bekalan air yang berlaku.

Sementata itu, empat loji rawatan air ditutup untuk membersihkan tumpahan minyak di Sungai Selangor mula beroperasi padas Sabtu, dan bekalan air mula pulih secara berperingkat-peringkat.

Syabas berkata mereka mungkin mengambil masa hingga tujuh hari untuk memulihkan bekalan air seperti biasa di semua kawasan terjejas.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain