suria

Tiga Pelajar Cedera Ringan, Bas Sekolah Terbalik

IPOH: Tiga pelajar lelaki sebuah sekolah agama rakyat cedera ringan selepas bas sekolah yang dinaiki mereka terhumban ke dalam parit di Kuala Kurau petang Selasa.

Menurut sumber polis, bas tersebut yang membawa hampir 50 pelajar dipercayai terbabas kira-kira pukul 2.30 petang akibat permukaan jalan raya yang licin.

"Pemandu bas dipercayai hilang kawalan sebelum bas yang dipandunya menyenget dan terjunam dalam parit yang airnya separas pinggang," katanya.

Beliau berkata para pelajar berjaya keluar dari bas melalui tingkap dan mereka yang cedera dihantar ke Hospital Parit Buntar dan dirawat sebagai pesakit luar.

Ketua Polis Daerah Kerian Supt Mat Fauzi Nayan mengesahkan kejadian itu dan berkata punca kejadian masih dalam siasatan. - BERNAMA

Artikel Lain