30 Anggota PAS Kampung Kubang Telaga Sertai Umno

BACHOK: Seramai 30 anggota PAS di Kampung Kubang Telaga dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelawat mengisytiharkan keluar parti dan menyertai Umno di sini malam Jumaat.

Kumpulan yang diketuai Mohd Yaacob Mohamad, 42, itu menyerahkan borang penyertaan kepada Ketua Umno Bahagian Bachok, Datuk Dr Awang Adek Hussin disaksikan Penyelaras Barisan Nasional (BN) DUN berkenaan, Datuk Dr Ilias Hussin.

"Saya nekad menyertai Umno kerana mahukan perubahan apabila PAS gagal membantu rakyat sebagaimana dijanjikan," kata Mohd Yaacob kepada pemberita selepas menyerahkan borang itu.

Beliau berkata, walaupun diberi peluang 23 tahun memerintah Kelantan, PAS terbukti gagal menunaikan janji untuk membantu rakyat terutama golongan miskin.

"Kami juga kecewa apabila PAS yang bergabung dalam pakatan pembangkang sanggup menjadi 'pak turut' DAP seperti yang dilihat dalam isu penggunaan kalimah Allah," tegasnya.

Sementara itu, Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan ketika berucap pada majlis itu berkata, ini kali kedua penduduk kampung itu menyertai Umno selepas kumpulan pertama lebih 30 orang berbuat demikian bulan lepas.

Beliau menjangka ramai lagi anggota PAS menyertai Umno terutama di DUN Tawang dalam tempoh terdekat. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Artikel Lain