suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

11 Sekolah Di Lahad Datu Diarah Tutup Sementara - Mohd Puad

BATU PAHAT: Sebanyak 11 sekolah di Lahad Datu, Sabah diarah ditutup sementara bermula semalam, susulan insiden tembak-menembak antara pasukan keselamatan negara dan penceroboh dari selatan Filipina di Kampung Tanduo.

Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata dua sekolah diarah tutup sehingga Isnin ini manakala sembilan lagi ditutup sehingga Rabu depan.

"Kita memandang berat tentang aspek keselamatan pelajar serta guru dan sehubungan itu kesemua 11 buah sekolah ini diarah tutup sementara.

"Ia akan dibuka semula pada hari tersebut selepas ada jaminan daripada pihak berkuasa keadaan keselamatan di sana terkawal. Jika tidak, (sekolah) akan ditutup lagi," katanya kepada pemberita, di sini, Sabtu.

Mohd Puad yang ditemui selepas merasmikan projek strategi lautan biru kebangsaan 'My Beautiful Neighbourhood' (MyBN), berkata semua sekolah terbabit akan melaksanakan sesi persekolahan ganti.

Dalam insiden pukul 10 pagi itu, dua anggota komando polis VAT 69 terkorban manakala tiga lagi cedera parah setelah diserang oleh kumpulan penceroboh bersenjata yang mendakwa sebagai Tentera Kesultanan Sulu. -BERNAMA

Artikel Lain