suria

AES Diteruskan - Abd Rahim

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak berhasrat memansuhkan pemasangan kamera Sistem Pelaksanaan Automatik (AES) di 831 lokasi seluruh negara, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abd Rahim Bakri.

Beliau berkata langkah itu diteruskan kerana kerajaan melihat AES sebagai tindakan holistik bagi mengurangkan kadar kemalangan maut, sekali gus merealisasikan hasrat murni kerajaan untuk membela majoriti rakyat.

"Pada masa ini kadar purata adalah 19 kematian sehari atau purata 448,000 kemalangan setahun dan kos sosial yang terpaksa ditanggung kerajaan adalah tidak kurang RM 9 bilion setahun, maka jika tidak ada langkah drastik maka kita takut ianya akan menjadi serius," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung Rang Undang-undang Perbekalan 2013 pada peringkat dasar bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, di sini Rabu.

Sistem itu yang beroperasi pada fasa percubaan sejak 23 Sept lepas telah merekodkan sebanyak63,558 imej kesalahan lalu lintasdirakam di seluruh negara.

Abd Rahim menegaskan pelaksanaan AES melalui kajian terperinci dengan kerjasama agensi berkaitan termasukInstitut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros).

Beliau turut menekankan inisiatif itu dipraktik dan terbukti berjaya di 92 negara.

Artikel Sebelum

Artikel Lain