Dua Ditahan Cuba Samun Mangsa Di Stesen Minyak - Semasa | mStar

Dua Ditahan Cuba Samun Mangsa Di Stesen Minyak

SHAH ALAM: Dua lelaki yang cuba menyamun seorang mangsa di sebuah stesen minyak di Subang Jaya Rabu lepas ditahan kemudiannya.

Suspek yang berumur 25 dan 43 tahun dari Petaling Jaya kini direman sehingga esok.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Mohd Adnan Abdullah berkata dalam kejadian 12.15 tengah hari itu, mangsa yang berumur 36 tahun bersama majikannya berhenti di stesen berkenaan untuk mengisi minyak apabila didatangi lelaki-lelaki berkenaan yang menaiki sebuah kereta.

Beliau berkata sebaik sahaja majikan mangsa keluar dari keretanya untuk membayar bil petrol, mangsa yang duduk bersendirian di dalam kereta dihampiri salah seorang lelaki berkenaan lalu mengacukan pistol dan memintanya menyerahkan wang.

"Namun apabila menyedari majikan mangsa melihat insiden itu, lelaki-lelaki berkenaan bertindak melarikan diri dengan kereta mereka menuju ke sebuah kawasan perumahan di SS14, Subang Jaya," katanya kepada pemberita.

Mohd Adnan berkata mangsa dan majikannya bertindak mengejar kereta suspek sehingga ke kawasan perumahan itu dan mendapati suspek melarikan diri setelah kereta mereka terbabas di tepi jalan di kawasan perumahan tersebut.

Mangsa kemudiannya menghubungi Balai Polis Subang Jaya yang kemudiannya menahan kedua-dua supek di kawasan perumahan tersebut.

Beliau berkata polis yang memeriksa kereta suspek yang ditinggalkan itu mendapati antara lain barangan seperti lampu suluh, sebuah telefon bimbit dan pistol tiruan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Dua Maut Dalam Kemalangan Di Pahang

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain