suria

Penjawat Awam Boleh Bantu Rakyat Mohon Bantuan Kerajaan: Jainab

KOTA KINABALU: Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata penjawat awam bukan sahaja memainkan peranan dalam menyebarkan dasar kerajaan tetapi juga berupaya membantu golongan yang memerlukan.

"Masih ramai yang tidak tahu bantuan yang tersedia oleh kerajaan, (seperti) bagaimana hendak memohon dan apa yang kerajaan boleh membantu.

"Penjawat awam paling dekat dengan rakyat dan seharusnya menggunakan pengetahuan yang ada untuk membantu golongan berkenaan," katanya pada majlis pengagihan komputer 1Malaysia di sini Isnin.

Jainab berkata golongan yang telah menikmati bantuan kerajaan juga memainkan peranan untuk memaklumkan kepada masyarakat tentang keberkesanan program-program yang dijalankan oleh kerajaan.

Misalnya, kata beliau, penerima komputer 1Malaysia seharusnya memberi kesedaran kepada masyarakat lain mengenai pentingnya penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam meningkatkan pengetahuan dan ekonomi keluarga.

Pemangku Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) cawangan Sabah dan Labuan, Juslly Elis, berkata pengagihan komputer 1Malaysia bagi fasa ketiga ini turut melibatkan penjawat awam berpendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 sebulan. - BERNAMA

Artikel Lain