suria

Bursa Malaysia Gondol Empat Anugerah Antarabangsa

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Bhd telah menggondol empat anugerah dalam edisi tahunan ke-13 Ranking Global IR (IRGR) untuk Tadbir Urus Korporat Paling Cemerlang di Asia Pasifik dan Tadbir URus Korporat Berpenarafan Terbaik oleh Laporan Tahunan Industri (Kewangan) dan Dalam Talian Terbaik di Asia Pasifik untuk tahun 2011.

Bursa Malaysia turut memenangi Anugerah Gangsa untuk Laman Sesawang Hubungan Pelabur di Asia Pasifik.

Anugerah-anugerah itu diberikan sebagai pengiktirafan contoh amalan terbaik Bursa Malaysia ke atas tadbir urus korporat serta struktur laporan tahunan dalam talian.

Dalam satu kenyataan hari ini, ketua pegawai eksekutif, Datuk Tajuddin Atan berkata sokongan tadbir urus dan amalan hubungan pelabur yang baik, Bursa Malaysia telah diberi penghormatan untuk menerima pengiktirafan antarabangsa ini.

Tajuddin berkata pengiktirafan ini adalah atas usaha keras semua kakitangan Bursa Malaysia dalam memastikan kecemerlangan operasi dan pelaksanaan.

IRGR ialah sistem ranking paling menyeluruh untuk laman sesawang pelabur, laporan tahunan dalam talian, amalan tadbir urus korporat dan prosedur penzahiran kewangan. Ranking ini berdasarkan kepada penyelidikan proprietari teknikal menyeluruh syarikat yang diniagakan secara awam menerusi metodologi yang jelas dan telus.

Penarafan ini disokong oleh institusi global utama seperti Arnold & Porter, KPMG, MZ dan Sodali.

Lebih 600 syarikat dari lebih 30 negara menyertai edisi 2011 IRGR ini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain