suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Agong Berangkat Pulang Dari Melaka

MELAKA: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini menamatkan lawatan khas dua hari ke Melaka.

Majlis keberangkatan pulang Seri Paduka baginda berlangsung di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka di sini pada pukul 9.50 pagi.

Keberangkatan tiba Tuanku Mizan ke lapangan terbang itu disambut oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob.

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka Datuk Wira Othman Muhamad dan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Wira Omar Kaseh.

Mufti Melaka Datuk Sahibus Samahah Rashid Redza mengetuai bacaan doa.

Tuanku Mizan kemudian menerima sembah tabik Hormat Diraja dari Batalion Ke-14 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Syed Sirajuddin Gemas, Negeri Sembilan.

Ratusan rakyat berbaris di sepanjang jalan dengan memegang Jalur Gemilang untuk mengucapkan selamat jalan kepada baginda. - BERNAMA

Artikel Lain