suria

2,000 Tetamu Meriahkan Sambutan Deepavali Di Melaka

MELAKA: Seramai 2,000 tetamu dari pelbagai kaum dan latar belakang hadir memeriahkan majlis rumah terbuka Deepavali Peringkat Negeri Melaka 2011 di Taman Rempah di sini, Sabtu.

Turut hadir Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakub, Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan isteri Datin Seri Asmah Abdul Rahman serta Pengerusi MIC Melaka Datuk R.Perumal.

Majlis tersebut turut dikunjungi oleh pelancong dari negara-negara seperti Australia, Taiwan, China dan Indonesia.

Pelbagai juadah popular kaum India seperti tosai, appam, capati, roti canai dan kari dihidangkan di majlis tersebut.

Berkonsepkan 1Malaysia, hadirin turut dihiburkan dengan pelbagai persembahan kebudayaan daripada Kumpulan Briged Seni Kebudayaan Melaka, Kumpulan Tilana Kebudayaan India, dan Kumpulan Astana.

Sebanyak 100 buah hamper diberikan kepada pemenang cabutan tiket bertuah. -BERNAMA

Artikel Lain