suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

ATM Mampu Lindungi Aset Negara

LABUAN: Keupayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melindungi aset negara khususnya minyak dan gas (O&G) di luar pantai Malaysia berada pada tahap optimum, kata Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abd Latiff Ahmad.

Ini adalah hasil kemajuan teknologi serta komitmen tenaga manusia hingga negara mampu melindungi dan mengawal sepenuhnya aset minyak dan gas bernilai beberapa trilion ringgit di perairan negara di Laut China Selatan, kata beliau.

Terdapat lebih 200 pelantar minyak di luar pantai Malaysia, katanya kepada pemberita selepas menyertai Operasi Rondaan Laut di luar pantai Labuan dan Sabah sertai Program Bersahur dengan tentera laut Malaysia atas kapal KD Pahang pada Rabu.

"Keselamatan perairan Malaysia berada di tahap optimum dan angkatan tentera Malaysia siap sedia menghadapi sebarang cabaran.

"Yang demikian kita tidak perlu melakukan rekrutmen tenaga tambahan," kata beliau.

Dalam pada itu, timbalan menteri itu menyelar pembangkang yang katanya suka membuat tuduhan tidak berasas dalam pembelian aset untuk angkatan tentera.

"Jentera dan kelengkapan itu digunakan oleh kerajaan (tentera) dengan sebaiknya. Ini tidak harus dipolitikkan untuk muslihat politik," kata beliau.- BERNAMA

Artikel Lain