suria

Hubungan Perancis-Malaysia Semakin Kukuh

KUALA LUMPUR: Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Perancis pada 2009 telah membuka laluan kepada jalinan kerjasama lebih kukuh dalam hubungan dua hala Perancis-Malaysia.

Duta Perancis ke Malaysia Marc Barety berkata negaranya memandang ke hadapan untuk meningkatkan lagi hubungan kerjasama dalam pelbagai bidang terutamanya selepas lawatan Najib ke Perancis.

"Bahkan, pada masa ini, hubungan kedua-dua negara secara realistiknya bertambah kukuh dengan banyak tindakan utama dilaksanakan hasil lawatan Datuk Seri Najib Tun Razak ke Perancis pada 2009, yang merupakan suatu kejayaan dan sejak itu, kami juga menyaksikan dua Menteri Perancis melawat Malaysia.

"Pada minggu hadapan, Menteri Pengangkutan Perancis akan datang melawat Malaysia," katanya kepada Bernama pada sambutan Hari Kemerdekaan Perancis di sini Khamis.

Turut hadir temasuk Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain