suria

LID Ke-10 Kembali Ke Langkawi: Najib

PUTRAJAYA: Edisi Ke-10 Dialog Antrabangsa Langkawi (LID) akan diadakan di Langkawi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad.

"Dialog akan datang akan kembali ke Langkawi," katanya ketika merasmikan LID Kesembilan di pusat pentadbiran kerajaan Putrajaya, pertama kali diadakan di luar Langkawi.

Beliau berkata kerajaan memutuskan untuk mengadakan LID kali ini di Putrajaya bagi membolehkan pemimpin dan perwakilan yang menghadiri dialog ini menyaksikan sendiri perubahan besar yang berlaku di Kuala Lumpur, Cyberjaya, dan Putrajaya.

"Dialog ini telah dan akan terus menjadi platform untuk kita menyuarakan pandangan dan berkongsi pengalaman mengenai pelbagai isu berkaitan perniagaan, ekonomi dan pembangunan," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Malaysia, katanya, akan terus meningkatkan konsep 'Perkongsian Bestari" yang telah menunjukkan kejayaan bagi meningkatkan kerjasama antara kerajaan dan pelbagai sektor yang menyumbang kepada pertumbuhan sosio-ekonomi.- BERNAMA

Artikel Lain