suria

Polis Sedang Jejaki Siapa Bertanggungjawab Muat Naikkan Klip Video Seks Bah. 2 - Tim KPN

KUALA LUMPUR: Polis kini mengesahkan bahawa mereka sedang menjejaki identiti bloger yang bertanggungjawab memuat naikkan bahagian kedua klip video seks yang dikatakan mirip wajah pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam YouTube.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar ketika mengesahkan demikian berkata, siasatan yang sedang dijalankan itu adalah di bawah Akta Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi.

"Walaupun tiada laporan polis yang dibuat ke atas insiden terbaru ini tetapi saya boleh mengesahkan bahawa kita telahpun memulakan siasatan," katanya kepada para pemberita dalam satu sidang akhbar di Bukit Aman, Khamis.

Ketika ditanya, apakah Anwar sendiri telah dipanggil untuk diambil keterangan, Khalid menjelaskan, ia adalah normal di bawah prosedur siasatan polis.

"Kadang-kadang, pendakwaraya melihat sesuatu kes itu dari perspektif yang berbeza dan meminta kita membuat susulan ke atas isu-isu tertentu yang mereka rasakan perlu," katanya.

Tambah beliau, apa yang penting ialah pihak polis akan melakukan yang terbaik untuk melengkapkan kertas siasatan mereka.

Pada lewat petang Rabu, satu lagi klip video yang menayangkan wajah seorang lelaki mirip ketua pembangkang itu telah dimuat naikkan di dalam rangkaian YouTube.

Bagaimanapun, lebih kurang sejam kemudian, video berkenaan telah dikeluarkan dari rangkaian internet itu.

Artikel Lain