Pemilik Bengkel Besi Ditetak Di Kepala - Semasa | mStar

Pemilik Bengkel Besi Ditetak Di Kepala

KLANG: Seorang pemilik bengkel besi ditemui mati dengan kesan kecederaan parah di kepala dipercayai akibat ditetak dengan senjata tajam di bengkelnya di Taman Millenium di sini tengah malam Isnin.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Mohamad Mat Yusop ketika dihubungi di sini berkata mayat Jenistanquains Nicholas, 30, ditemui oleh seorang pengawal keselamatan pada kira-kira pukul 12.30 tengah malam.

"Ketika ditemui dia didapati masih memakai sarung tangan, polis percaya dia diserang dengan senjata tajam oleh lebih dari seorang suspek, ketika semasa sedang bekerja," katanya.

Menurutnya Jenistanquains yang berasal dari Taman Sentosa di sini, baru tiga bulan menjalankan perniagaan di bengkel berkenaan.

Mohamad berkata pemeriksaan forensik menemui lebih dari lima kesan tetakan di kepala pemilik bengkel itu dan berdasarkan siasatan awal polis percaya serangan itu bermotifkan dendam. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Pelatih Pulapol Di HKL Kekal 19 Orang

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain