suria

Presiden Korea Selatan Diberi Sambutan Negara

KUALA LUMPUR: Presiden Korea Selatan Lee Myung-bak, yang tiba semalam untuk lawatan tiga hari ke Malaysia, Jumaat diberi sambutan negara di Dataran Parlimen.

Ketibaan Lee dan rombongan pada 9 pagi disambut Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin daN Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menteri-menteri kabinet.

Lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan oleh pancaragam Rejimen Askar Melayu Diraja.

Lee kemudian memeriksa kawalan kehormatan terdiri empat pegawai dan 103 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.

Lee dan rombongan kemudian diperkenalkan kepada jemaah menteri dan anggota perwakilan asing.

Lawatan ini adalah sempena ulang tahun ke-50 terjalinnya hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Lee, yang turut diiringi ahli-ahli perniagaan Korea, juga dijadual mengadakan perbincangan dengan Najib selain bertemu tokoh-tokoh perniagaan Malaysia. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain