suria

Gempa Bumi Kuat Gegar South Island, New Zealand Awal Pagi Tadi

KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat berukuran 7.4 pada Skala Richter menggegarkan South Island, New Zealand awal pagi Sabtu.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan di sini berkata pusat gempa bumi itu terletak 14 km dari tenggara Christchurch, bandar raya paling besar di South Island dan kedua terbesar di negara itu.

Kejadian itu yang berlaku kira-kira 7,653 km tenggara Sarikei, Sarawak bagaimanapun tidak mempunyai ancaman tsunami kepada Malaysia, kata kenyataan itu.

Jabatan itu kini memantau perkembangan gempa bumi tersebut dan akan memaklumkan perkembangan terkini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain