Desakan Umno Rugikan BN Pulau Pinang - Penganalisis - Semasa | mStar

Desakan Umno Rugikan BN Pulau Pinang - Penganalisis

PETALING JAYA: Desakan Umno Pulau Pinang supaya jawatan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri hanya akan lebih merugikan dan membahayakan kedudukan BN.

Beberapa penganalisis politik berpendapat, status quo BN di negeri itu perlu dikekalkan bagi memastikan masa depan yang lebih cerah parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Pensyarah Sains Politik, Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Ghazali Mahyudin berkata, secara realistiknya amalan politik berdasarkan kaum masih lagi diamalkan.

Menurut beliau, sukar bagi Umno untuk meraih sokongan terutamanya masyarakat bukan Melayu di Pulau Pinang bagi menyokong parti itu untuk memastikan kemenangan BN pada pilihan raya akan datang.

"Memanglah nampak janggal kerana Gerakan tidak mempunyai kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding Umno.

"Namun secara realistiknya saya kira status quo perlu dikekalkan kalau BN benar-benar mengharapkan Pulau Pinang kembali ke tangan mereka," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tuntutan Umno Pulau Pinang itu supaya jawatan Pengerusi BN negeri yang diperuntukkan kepada Gerakan diserahkan kepada Umno bagi memantapkan kedudukan BN di sana.

Perkara itu diputuskan pada mesyuarat Umno negeri itu yang dipengerusikan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Jumaat lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Umno memenangi 11 kerusi di DUN dan dua kerusi di Parlimen.

Selain itu Ghazali berkata, dalam situasi politik sekarang ini terutamanya kebangkitan parti pembangkang, sukar bagi BN untuk melakukan rombakan atau perubahan terutamanya apabila melibatkan jawatan pengerusi parti peringkat negeri.

"Sekarang bukan masa yang sesuai untuk buat tuntutan apa-apa, pembangkang hanya menunggu ruang untuk bertindak kalau BN tersalah langkah.

"Sebab itu apa yang penting pada ketika ini ialah semua pihak dalam perlu bersatu bagi meraih sokongan rakyat agar kembali menyokong mereka.

"Setiap komponen perlu memainkan peranan yang penting tanpa mengira kelebihan parti masing-masing pada ketika ini," katanya.

Dalam pada itu, Pensyarah Kanan Sains Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Ahmad Nizamuddin Sulaiman juga berpendapat, keterujaan Umno untuk mengetuai BN di Pulau Pinang hanya akan meletakkan parti itu diambang bahaya.

"Formulanya mudah, kalau Umno terus menerus meminta jawatan Pengerusi BN di Pulau Pinang, Gerakan sudah pasti akan berkecil hati.

"Bila dah merajuk, kecil hati... banyak perkara yang tidak disangka-sangka boleh terjadi.

"Siapa tahu Gerakan akan ambil tindakan tinggalkan BN... ini semua boleh berlaku terutamanya dalam situasi politik yang tak menentu ini," katanya.

Justeru katanya, BN perlu berhati-hati dalam menangani isu ini.

Menurut Ahmad Nizamuddin lagi, Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak perlu mengadakan rundingan segera dengan Umno dan Gerakan Pulau Pinang bagi mengelakkan perbincangan terbuka terus berlanjutan.

"Datuk Seri Najib perlu segera panggil mereka yang berkenan untuk adakan perbincangan, buat rundingan secara permuafakatan," katanya.

Selain itu beliau turut menasihatkan Umno Pulau Pinang supaya tidak terlalu beremosi hingga mengguris hati rakan komponennya.

"Janganlah emosi sangat, Umno perlu hormati perjanjian yang dipegang selama ini.

"Tak bolehlah selepas mereka (Gerakan) lemah, Umno nak rampas kedudukan itu sekarang.

"Kalau nak (jawatan) mintalah dengan cara yang elok, jangan paksa" katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Enjin Hilang: Tiada Pegawai Kanan TUDM Terlibat

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain