suria

Bekas polis didakwa bunuh anak dan pengasuh

KLANG: Seorang bekas konstable polis didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh anak bekas setiausaha UMNO bahagian Klang dan pengasuhnya, enam tahun lepas.

Mohd Nahar Abu Bakar, 33, kelihatan tenang semasa pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah.

Tiada pengakuan direkodkan.

Tertuduh, yang pernah bertugas di Balai Polis Kampung Baru, Manjung, Perak, pada 1997 didakwa membunuh Muhammad Nurosama Shohimi, berusia dua tahun setengah, di rumah pengasuhnya di No: 19, Tingkat 5, Flat Cempaka, Bandar Baru Klang di sini kirakira pukul 1 tengah hari, 30 Disember 2003.

Mohd Nahar juga didakwa membunuh pengasuh kanakkanak itu, Siti Rohana Baharom, 34, di tempat, masa dan tarikh yang sama.

Keduadua pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Majistret Afifah Mamat@Yusof menetapkan 13 Nov ini untuk sebutan kes di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kent Chai Wai Hong sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Bapa kanak-kanak malang itu, Shohimi Shafie, 41, ahli perniagaan, ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, berkata beliau berasa lega apabila suspek dalam kes pembunuhan anaknya telah dihadapkan ke muka pengadilan.

Beliau berkata selama ini beliau hanya mampu memberi alasan kepada rakanrakannya yang sering bertanya perkembangan kes pembunuhan anaknya bahawa suspek telah mati di dalam lokap.

"Itu sahaja yang boleh saya beritahu kerana kes anak saya senyap begitu sahaja kerana suspek melarikan diri dan gagal dikesan polis," kata bapa kepada lima orang anak termasuk arwah yang merupakan anak ketiga.

Dalam kejadian itu, Mohd Nurosamah dan Siti Rohana mati selepas ditikam di kediaman pengasuh itu manakala anak perempuan Siti Rohana, Siti Aisyah, 8, yang berada di tempat kejadian sempat melarikan diri.

Mohd Nurosamah, yang ditikam dua kali di belakang badan manakala Siti Rohana ditikam sekali pada dada menggunakan pisau berukuran 23 sentimeter, meninggal dunia di tempat kejadian.

Tertuduh pernah dikenakan tindakan buang kerja pada 21 Mei 1999 kerana terlibat dalam kes pecah rumah di Manjung dan dipenjarakan selama enam bulan di Penjara Kajang pada tahun 2000. BERNAMA

Artikel Lain