BN pilih calon sesuai untuk DUN Bagan Pinang - Semasa | mStar

BN pilih calon sesuai untuk DUN Bagan Pinang

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) akan memilih calon yang paling layak dan sesuai untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata sama ada calon itu seorang lelaki atau wanita, tidak penting, tetapi apa yang penting ialah calon itu mestilah sesuai.

Katanya pemilihan calon akan dipertimbangkan berdasarkan cadangan daripada Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan dan Umno bahagian itu.

Muhyiddin berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya kenyataan Pergerakan Wanita Umno dua hari lepas yang meminta pemimpin tertinggi BN menimbang untuk meletakkan calon wanita pada pilihan raya kecil itu.

"Kita akan teliti. Kalau dah kemukakan nama itu nanti, kita akan lihat...tak kiralah lelaki atau perempuan asalkan yang penting calon yang paling layak dan sesuai (akan dipilih)," katanya kepada pemberita selepas melawat pelajar yang menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara di sini, hari ini.

Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamelia Ibrahim sebelum ini berkata calon wanita perlu diberi peluang selepas kesemua pilihan raya kecil yang diadakan sejak pilihan raya umum lepas menampilkan calon lelaki. Kerusi DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan, kosong berikutan kematian penyandangnya, Azman Mohammad Nor pada Jumaat lepas di Hospital Pakar Seremban akibat jangkitan dalam darah. Azman, 54, yang juga Naib Ketua Umno bahagian Teluk Kemang, memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum lepas mengalahkan calon PAS Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya akan bermesyuarat Isnin depan bagi mengumumkan tarikh bagi pilihan raya kecil kawasan itu. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain