Ketepikan perkara buruk demi kestabilan hubungan Malaysia-Singapura, kata Hishammuddin - Semasa | mStar

Ketepikan perkara buruk demi kestabilan hubungan Malaysia-Singapura, kata Hishammuddin

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Singapura harus mengetepikan isu-isu yang boleh mendatangkan keburukan bagi memastikan kestabilan hubungan ekonomi dan politik kedua-dua negara itu terjamin.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata berdasarkan perubahan landskap ekonomi dan politik semasa di kedua-dua negara maka wujudnya keperluan melihat semula hubungan dua hala dalam konteks jangka masa yang lebih singkat.

"Atas faktor tersebut kita memberikan tumpuan dalam membina hubungan dua hala dari segi kepimpinan, bentuk ekonomi dan hubungan sesama rakyat," katanya kepada pemberita selepas pertemuan selama sejam dengan Menterii Mentor Singapura Lee Kuan Yew di sini semalam.

"Ini penting kerana fahaman yang bersandarkan kepada keikhlasan dan kejujuran merupakan asas untuk memastikan hubungan dua negara berjiran ini dapat dikekalkan, " katanya.

Turut sama dalam pertemuan itu ialah Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal.

Hishammuddin berkata sekarang adalah masa paling sesuai untuk menilai semula hubungan dua negara berikutan transisi perubahan kepimpinan kedua-dua negara dengan tumpuan diberikan kepada pemimpin muda yang bakal mewarisi apa yang dibina oleh pemimpin terdahulu selama ini.

"Mungkin sedikit sebanyak melalui hasil pertemuan ini, kita dapat menimba pandangan dan pengalaman Lee mengalami jatuh bangun dalam membina sebuah negara serantau yang stabil," katanya.

Sementara itu, Dr Ahmad Zahid berkata pertemuan dengan Lee itu akan memberi galakan dalam jalinan hubungan dua hala antara pemimpin di kedua-dua negara itu pada masa hadapan.

Katanya, dengan adanya hubungan sebegini, sebarang permasalahan yang timbul boleh diselesaikan bukan sahaja untuk kepentingan negara masing-masing tetapi harus mencapai situasi menang-menang.

Dalam pada itu, Shafie berkata pemimpin negara harus memandang serius cadangan Lee supaya melihat ke hadapan mengenai hubungan kedua-dua negara itu kerana keadaan rantau ini tidak seratus peratus stabil.

"Lee adalah pemimpin yang berpengalaman dan telah memacu Singapura menjadi sebuah negara maju.

"Sebagai generasi yang masih baru, kita boleh menimba banyak pengalaman beliau dan memanfaatkannya dalam mengekalkan kemajuan negara serta hubungan di antara Malaysia dan Singapura," katanya.

Lee sedang dalam rangka lawatan lapan hari ke Malaysia sejak Isnin lalu. BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain