suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita ditemui mati dengan dua kesan kelar

HULU SELANGOR: Seorang wanita ditemui mati dengan dua kesan kelar di leher, di sebuah ladang ayam, Kampung Ulu Kelong, Ulu Yam Baharu dekat sini hari ini.

Mayat M Rani, 50, ditemui dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah, oleh majikannya pada pukul 11.05 pagi. Rani tinggal berseorangan di dalam pondok di kawasan ladang itu.

Timbalan Ketua Polis Hulu Selangor DSP Bakhtiar Rasid berkata polis percaya suspek kejadian itu mungkin dikenali mangsa kerana tiada kesan pergelutan di tempat kejadian dan tiada tanda pondok itu dipecah masuk.

"Polis percaya kejadian terbabit bermotifkan dendam bagi mengelak mangsa memberitahu sesuatu kepada orang lain," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Baktiar berkata polis kini memburu seorang lelaki rakyat Nepal yang merupakan pekerja kebun di sebelah ladang terbabit.

Lelaki itu dikatakan pernah menceroboh ladang terbabit untuk menemui mangsa Jumaat lepas, walaupun ditegah oleh majikan mangsa, katanya.

Mayat wanita itu dihantar ke Hospital Kuala Kubu Baharu untuk bedah siasat. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain