Syed Hamid cadang penulis blog wujudkan kod etika - Semasa | mStar

Syed Hamid cadang penulis blog wujudkan kod etika

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar hari ini mencadangkan penulis blog mewujudkan kod etika mereka sendiri bagi memastikan mereka bertanggungjawab dengan apa yang ditulis.

Beliau berkata perkara itu penting kerana kebanyakan penulis blog bukan dari kalangan wartawan yang dilatih untuk menulis sesuatu perkara secara adil dan seimbang.

Syed Hamid berkata kod etika yang dicadang itu perlu dibuat dalam bentuk peraturan dan bukannya perundangan atau akta baru.

Beliau berkata penulisan blog merupakan cara berkesan dan boleh mempengaruhi serta membentuk perspektif pembaca mengenai pelbagai isu.

"Mereka (penulis blog) boleh menyatukan masyarakat atau memecahkan. Seperti rakyat Malaysia lain, penulis blog juga perlu mempunyai tanggungjawab dalam menjaga kestabilan dan keselamatan negara," katanya ketika merasmikan persidangan 'Bloggers Buff' 2008 di sini hari ini.

Syed Hamid berkata wartawan profesional sekalipun mempunyai garis panduan masing-masing, dan oleh itu tidak ada sebab kenapa penulis blog tidak perlu mempunyai kod etika mereka sendiri.

Beliau berkata blog tidak dimasukkan dalam media lain kerana menerusi blog, pembaca boleh memberikan reaksi terhadap sesuatu isu yang ditulis sebaik ia disiar dalam blog.

"Komen dan sesi menjawab semula itu malangnya menyediakan saluran kepada orang ramai untuk menyebarkan perasaan benci dan sentimen perkauman," katanya.

Sementara itu, presiden penaja National Alliance of Bloggers (All Blogs) dan wartawan Ahirudin Atan berkata penulis blog sepatutnya mengeluarkan kod etika mereka sendiri tanpa campurtangan kerajaan.

"Penulis blog mempunyai kuasa mempengaruhi pendapat, dan jika ia (kuasa)disalahguna, ia boleh menimbulkan pemusuhan di kalangan rakan," katanya pada persidangan itu.

Beliau juga berkata komen yang tidak mempunyai nama perlu dilayan seperti "surat layang" dan penulis blog serta pembaca mempunyai hak untuk tidak melayan mesej itu. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain