Pertumbuhan ekonomi Malaysia akan kekal pulih dan kekal tinggi - Semasa | mStar

Pertumbuhan ekonomi Malaysia akan kekal pulih dan kekal tinggi

PULAU PINANG: Perkembangan ekonomi dunia terutama krisis kewangan yang berlaku di Amerika Syarikat akan memberi kesan jangka pendek kepada ekonomi negara dan tidak harus dilihat sebagai ancaman terhadap kestabilan ekonomi Malaysia.

Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata beliau yakin pertumbuhan ekonomi Malaysia akan pulih dan kekal tinggi pada masa depan.

"Isu-isu berbangkit daripada krisis Amerika Syarikat nampaknya begitu mendalam dan menular menjadi satu krisis yang getir sehingga banyak bankbank termasyhur dan wujud sejak lama akhirnya jatuh dan tidak dapat bangun kembali.

"Walaupun perkara itu dilihat mengurangkan keyakinan pelabur terhadap pasaran antarabangsa namun dengan dana yang kukuh, ekonomi negara mampu berkembang dengan baik dan perkara itu (krisis kewangan) hanya sementara," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama anakanak yatim Wisma Yatim di sini malam ini.

Turut hadir pada majlis itu, Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas.

Sebagai sebuah negara yang terlibat dalam industri global, Nor Mohamed berkata memang Malaysia akan menerima tempiasnya tetapi perkara itu hanya bersifat sementara kerana dana yang dimiliki negara begitu kukuh. Nor Mohamed berkata, pelabur mampu menilai kekuatan ekonomi negara secara lebih luas dengan mengambil kira kemampuan negara mempelbagaikan kekayaan sumber ekonominya serta kemudahan infrastruktur yang terdapat di sini.

Selain itu, katanya Malaysia juga mempunyai jaringan hubungan yang amat baik dengan China dan India yang merupakan antara negara membangun yang tidak terjejas dengan keadaan ekonomi dunia pada masa kini.

"Kita masih mempunyai banyak sumber untuk pertumbuhan dan daripada segi jangka panjang, pelabur tahu negara kita mempunyai ekonomi yang kukuh.

"Lagipun eksport dan pelaburan kita semakin banyak di keduadua negara itu yang mempunyai pertumbuhan ekonomi yang kukuh dengan India lapan peratus dan China dengan 10 peratus. Saya yakin ekonomi negara kita juga akan kekal tinggi pada masa akan datang," katanya.

Ditanya sama ada kerajaan akan mengumumkan penurunan harga minyak ekoran penurunan harga minyak mentah dunia di bawah paras AS$100, katanya: "Kita sudah ada formula berkaitan perkara itu. Kita ikut sajalah."

Katanya setiap hujung bulan, kerajaan akan mengira purata harga minyak dan sebarang keputusan mengenainya akan dibuat pada setiap akhir bulan. Itu (harga minyak) kita tengok dulu. Kita akan tentukan pada hujung bulan ini. Mungkin sebelum raya (Aidilfitri) kita akan tahu keputusannya," katanya.

Semalam harga minyak mentah dunia turun pada paras AS$92 setong iaitu di bawah paras AS$100. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Syed Hamid: Pembebasan Teresa urusan polis

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain