suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ribuan murid alami keracunan lepas nikmati program makanan percuma inisiatif kerajaan

Ribuan pelajar dilaporkan mengalami keracunan makanan selepas menikmati hidangan percuma yang disediakan kerajaan. -Foto Kompas

RIBUAN murid sekolah dilaporkan mengalami keracunan makanan akibat program makanan percuma kerajaan hingga mencetuskan gesaan supaya skim bernilai tinggi itu dihentikan sementara waktu.

Dalam kejadian di Bandung Barat, Indonesia itu, lebih 1,300 murid dikejarkan ke klinik selepas mengalami sesak nafas, loya dan cirit-birit. 

Secara keseluruhan, Agensi Pemakanan Kebangsaan (BGN) merekodkan lebih 70 kes keracunan sejak Januari, membabitkan lebih 6,400 mangsa.

Program inisiatif Presiden Prabowo Subianto itu bertujuan menangani krisis pemakanan kanak-kanak, namun pengembangan pesat daripada tiga juta penerima kepada 31 juta dalam tempoh sembilan bulan didakwa menyumbang kepada kelemahan kawalan.

Menurut BGN, kebanyakan insiden berpunca daripada pengendali baharu yang tidak berpengalaman, kualiti rendah bahan mentah serta perlanggaran piawaian operasi. 

Setakat ini, 56 pengendali pengeluaran telah digantung.

Walaupun Prabowo mempertahankan program itu dengan mendakwa kadar keracunan hanya '0.00017 peratus' daripada jumlah hidangan, namun golongan penerima menuntut ia diganti dengan bantuan tunai.

"Kami tidak boleh tunggu sehingga ada ribuan lagi mangsa. Program ini wajar dihentikan sebelum berlaku kematian," tegas seorang aktivis pendidikan. -Agensi

Artikel Lain