suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cucu ahli politik terkemuka diburu polis, lari lepas tikam kekasih ex-GF

Perbuatan suspek dirakam kamera pengawasan premis terbabit.

CUCU lelaki seorang ahli politik terkemuka diburu polis, selepas dipercayai menikam kekasih kepada bekas teman wanitanya.

Berdasarkan hasil siasatan awal, insiden tersebut dipercayai berpunca daripada rasa cemburu suspek terhadap mangsa berusia 25 tahun.

Kejadian dilaporkan berlaku di Phuket, Thailand pada pukul 11.05 malam Rabu.

Menurut pegawai penyiasat, mangsa yang dikenali sebagai Kantawut Preecha mengalami kesan tikaman parah di leher, dada dan lengan. 

"Suspek dikenali sebagai Thirayut Thammapetch, cucu kepada Datuk Bandar Phatthalung, Kraiwat Thammapetch.

"Selepas serangan itu, Thirayut melarikan diri menaiki BMW Z4 berwarna putih, yang kemudiannya ditemui ditinggalkan berhampiran Plaza Malam Poonphol.

"Motif adalah cemburu, kekasih mangsa adalah bekas teman wanita suspek. Mereka berpisah kira-kira tiga bulan lalu," ujarnya.

Berdasarkan rakaman kamera pengawasan, suspek dilihat berjalan di belakang mangsa dan menikamnya tiga hingga empat kali dengan pisau poket sebelum melarikan diri dari tempat kejadian. -Agensi

 

Artikel Lain