suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gelabah berdepan tuntutan cerai, suami kelar isteri guna pisau lipat!

Indra (kiri) ditahan polis kerana mencederakan isterinya pada Isnin. -Foto Deden Rahadian

SEORANG lelaki bertindak di luar kawalan dengan menyerang isterinya sendiri menggunakan pisau lipat sehingga mangsa mengalami kecederaan serius pada Isnin.

Mangsa, Ai Nurhasanah, 27, ditemukan dalam keadaan berlumuran darah dengan luka hirisan pada tangan, badan, wajah serta bahagian sisi kepala selepas diserang suaminya, Indra, 28.

Kejadian berlaku di Ciasta, Daerah Tasikmalaya di Indonesia sekitar pukul 5 pagi.

Menurut Ketua Polis Balai Taraju, Iptu Ali Mustafa, mangsa segera dihantar ke pusat kesihatan untuk mendapatkan rawatan dan kini dilaporkan stabil namun masih dalam pemerhatian.

Tidak lama selepas itu, suspek berjaya ditahan polis dengan bantuan penduduk walaupun sempat melawan sehingga hampir dipukul orang awam.

Siasatan awal mendapati Indra dipercayai bertindak demikian kerana tidak berpuas hati selepas isterinya mahu memfailkan perceraian.

Nurhasanah dikatakan sudah lama menjadi mangsa keganasan rumah tangga dan mahu bercerai kerana tidak tahan dengan sikap suami yang 'ringan tangan'.

Pertengkaran antara pasangan itu bertukar tegang sebelum suspek bertindak melukakan mangsa menggunakan pisau lipat.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Tasikmalaya, AKP Ridwan Budiarta memaklumkan suspek kini ditahan di balai berkenaan.

Indra turut ditahan bersama barang bukti antaranya telefon bimbit, motosikal dan sebilah pisau lipat. -Agensi

Artikel Lain