suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bangunan sekolah agama runtuh sebelum pelajar solat asar... Seorang disahkan maut, puluhan cedera

Puluhan mangsa cedera akibat runtuhan bangunan berkenaan. -Foto AP

SEORANG maut manakala puluhan lagi cedera selepas sebuah bangunan sekolah agama di Sidoarjo, Jawa Timur, Indonesia runtuh pada Isnin.

Lebih 100 orang pelajar berkumpul untuk menunaikan solat Asar ketika bangunan bertingkat itu tiba-tiba runtuh, lapor agensi berita Antara yang memetik seorang saksi.

Jurucakap polis Jawa Timur, Jules Abraham Abast, berkata pasukan penyelamat mengeluarkan sekurang-kurangnya 79 mangsa daripada insiden di pondok pesantren Al Khoziny itu.

Sekurang-kurangnya seorang mangsa disahkan meninggal dunia, menurut Jules yang memetik maklumat hospital tanpa mendedahkan butiran lanjut.

Pihak berkuasa masih berusaha mengenal pasti jumlah sebenar mangsa di lokasi kejadian.

“Kami bersama pihak berkaitan sedang berhubung rapat termasuk dengan pihak pondok untuk menentukan jumlah tepat mangsa yang masih atau mungkin terperangkap di bawah runtuhan,” katanya.

Salah seorang pentadbir pondok, Abdus Salam Mujib, berkata bangunan itu runtuh selepas pekerja menuang konkrit bagi tingkat tiga.

“Bangunan itu hanya ada tiga tingkat. Rancangannya adalah untuk membina empat tingkat dengan bumbung rata.

“Tingkat atas dirancang untuk dijadikan kelas dan aktiviti pelajar, manakala tingkat bawah sudah digunakan sebagai ruang solat,” katanya kepada pemberita. -Agensi

Artikel Lain