suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bertengkar dengan teman lelaki, ibu jerut leher bayi guna wayar

Tangkap layar video menunjukkan seorang wanita menjerut leher bayinya berusia 10 bulan. Foto Channel 8

SEORANG wanita didakwa menjerut leher bayi perempuannya berusia 10 bulan menggunakan wayar elektrik, selepas bertengkar dengan kekasih.

Difahamkan, punca perselisihan faham antara wanita berusia 19 tahun itu dengan teman lelakinya disebabkan kekasihnya itu enggan membantu mencuci botol susu anaknya.

Rakaman berhubung kejadian itu dimuat naik di laman sosial.

Kejadian berlaku di Ratchaburi, Thailand pada Khamis lalu.

Menerusi rakaman tersebut, bayi malang itu dilihat menangis teresak-esak.

Wanita itu kemudian meleraikan wayar elektrik tersebut daripada leher anaknya tetapi terus memandang bayi berkenaan dan teman lelakinya dalam keadaan marah.

Memetik laporan Esor News, kes tersebut kini dalam siasatan dan terdapat badan bukan kerajaan (NGO) yang menawarkan bantuan untuk memberi perlindungan kepada bayi berkenaan.

Menurut Amarin TV, bayi tersebut merupakan anak hasil perkahwinan dengan bekas suami.

Sementara itu, teman lelaki berusia 22 tahun berkenaan mendakwa kekasihnya sering mendera anaknya setiap kali mereka bertengkar. -Agensi

Artikel Lain