suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki tahan sakit lebih tiga jam, 18 cincin tersekat di jari hingga bengkak

Pasukan bomba menanggalkan 18 cincin daripada jari seorang pesakit. Foto dok ist

PASUKAN bomba mengambil masa lebih tiga jam untuk menanggalkan cincin batu yang tersekat di jari seorang pesakit di sebuah hospital.

Pesakit itu terpaksa menahan kesakitan selepas 18 cincin yang dipakai di 10 jari tangannya tersekat.

Terdahulu, pasukan perubatan hospital berusaha mengeluarkan semua cincin berkenaan gagal berikutan jari pesakit itu bengkak dan mengalami pendarahan.

Kejadian berlaku pada seorang pesakit mental di sebuah hospital kesihatan mental di Bengkulu, Indonesia.

"Kami menerima laporan daripada pihak hospital. Sebaik tiba, pesakit memakai 18 cincin di semua jarinya.

"Kebanyakannya sukar ditanggalkan kerana tersekat dan menyebabkan luka," kata Komandan Bomba Kota Bengkulu, Chyorn Lyem Friady, pada Jumaat.

Pasukan bomba mendedahkan bahawa daripada semua cincin yang digunakan, sembilan daripadanya diperbuat daripada titanium - bahan keras yang sukar dipotong. Proses pemindahan tidak boleh dilakukan tanpa tindakan perubatan lanjut.

Bagi pemindahan berjalan lancar, pesakit diberikan bius supaya cincin itu dapat ditanggalkan menggunakan alat pengisar dengan berhati-hati dan selamat.

Pesakit itu dikatakan sering mengamuk setiap kali keluarganya meminta dia menanggalkan cincin menyebabkan proses rawatan agak mencabar.

Sehingga kini, pesakit berkenaan masih menjalani rawatan rapi di hspital berkenaan. -Agensi

 

 

Artikel Lain