suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pembantu rumah ‘rajin dan cekap’ kebas barang kemas majikan lebih 10 kali untuk berjudi

Rakaman CCTV membongkar kegiatan pembantu rumah mencuri. -Foto KhaoSod

SEORANG pembantu rumah ditahan polis selepas 'kantoi' mencuri barangan kemas majikannya lebih 10 kali pada Khamis.

Kegiatan jenayah wanita 46 tahun itu terbongkar selepas majikannnya memasang kamera litar tertutup (CCTV).

Menurut polis, majikannya hanya menyedari barangan kemasnya hilang selepas cincin berlian bersama barangan berharga lain bernilai lebih 120,000 bhat (lebih RM15,000) hilang.

Kejadian berlaku di wilayah Phitsanulok, Thailand.

"Pembantu rumah yang dikenali sebagai Kan itu nampak rajin dan cekap, diupah sejak November 2024 dengan bayaran 300 baht (RM40) setiap tiga jam pada setiap Rabu.

"Namun, selepas kehilangan barangan berharga, polis meminta majikannya memasang CCTV untuk mengenalpasti dalang," kata Mejar Jeneral Polis Nikhom Kruanoparat.

Ketika ditahan, barangan kemas seperti rantai dan cincin berada di dalam poket seluar Kan dan dia mengaku melakukannya kerana ingin berjudi.

"Barangan yang dicuri dijual di kedai pajak dan hasil jualan digunakan untuk berjudi," kata polis.-Agensi

Artikel Lain